Akhirnya Kronologi Sebenar Laporan Polis Pembunuhan Kejam Nurul Shahira Bte Mohamed YatimKini Didedahkan





Suami Kongsi Cerita Detik Sayu Jumpa Mayat Isteri Selepas Dibunuh

Saya terkejut dan sebak lihat lehernya ada kesan jerut. Saya difahamkan semasa ditemukan, arwah dalam keadaan tidak terurus dan lebam di beberapa bahagian badannya dipercayai dipukul”.

Demikian reaksi suami seorang kerani sekolah agama yang menjadi mangsa rompak dan bunuh di Taman Setia Kasih, Sungai Terap, di sini semalam.

Faris Jaafar yang bertugas di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) di Ulu Tiram, Johor Bahru yakin isterinya cuba mempertahankan diri dan melawan penyerangnya ketika kejadian itu.

Dia yang berusia dalam lingkungan 30-an dimaklumkan me­ngenai kejadian malang itu lewat petang semalam dan terus bergegas pulang ke rumah. Bagaimanapun, hatinya luluh apabila diberitahu mayat isterinya dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini.

“Ketika melihat mayat isteri buat kali pertama, saya sebak melihat keadaannya. Saya tidak sangka arwah diperlakukan dengan begitu kejam,” katanya ketika ditemui di rumah mayat HPSF, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 6 petang semalam, mangsa ditemukan maut oleh jirannya dengan leher dijerut menggunakan tali pengikat langsir selain pintu kereta dan pintu rumah terbuka. Faris berkata, kali terakhir dia berjumpa isterinya kelmarin dan mereka sempat bersarapan sebelum dia pulang ke Pulada untuk meneruskan tugas seperti biasa.

Sementara itu, abang sulung mangsa, Mohd. Adzrul Jaafar, 31, yang menetap di Taman Maluri, Ulu Tiram memberitahu, dia mengetahui kejadian tersebut pada pukul 6.50 petang semalam sebelum bergegas ke sini bersama-sama ibunya. “Setahu saya, arwah tidak mempunyai musuh.

Saya memang terkejut dengan kejadian ini dan kami sekeluarga tiba di Muar pukul 12 malam tadi tetapi tidak dibenarkan masuk ke rumah ke­rana siasatan sedang dijalankan,” katanya.

Laporan Polis

Assalamualaikum YDH Dato.

1. Makluman awal kes Bunoh.

2. No Repot/ Tarikh:
Bkt Pasir Rpt: 1712/15 @ 16/11/2015

3. Seksyen 302 KK

4. IO Kes: ASP Jalal b Abd Rashid

5. Pengadu:
Nama: L/Kpl Mohd Sufian b Abu Hanifah
Umur : 30 Tahun
(Maklumat pertama)

6. Mangsa:
Nama : Nurul Shahira Bte Mohamed Yatim
Umur: 29 Tahun.
Kpt : 860320236566
Kerja: Kerani sekolah agama sg raya, Bkt Pasir, Muar.

7. Fakta kes:

Pada 16/11/2015 jam lebih kurang 1812 hrs, semasa pengadu sedang bertugas di bilik gerakan IPD Muar, pengadu telah terima panggilan telefon daripada sistem MERS 999 dari seorang perempuan bahawa jiran beliau tidak keluar keluar rumah dialamat no 85, Tmn Setia Kasih, Jln Sg Terap Bkt Pasir Muar.

8.Tangkapan: Tiada

9. Kerugian: Tidak pasti

10. Ulasan:

I.O kes bersama KBSJD dan team siasatan telah ke tempat kejadian.Rumah mangsa merupakan rumas teres biasa yang mempunyai 3 bilik.

Hasil siasatan ditempat kejadian dapati m/kar dipercayai milik mangsa jenis Honda Civic no pendaftaran JJQ 8178 dalam keadaan enjin hidup dan pintu kereta bahagian pemandu terbuka serta pintu hadapan rumah dalam keadaan terbuka.

Apa bila masuk ke dalam rumah telah menjumpai mangsa dalam keadaan terbaring dihadapan pintu bilik dan dalam keadaan separuh bogel.

Mangsa telah dijerut dibahagian leher dengan menggunakan tali pengikat langsir dan seluar dalam dipercayai milik mangsa dijumpai diatas badan mangsa.Mangsa juga dipercayai dirogol.Terdapat juga kesan tompokan darah diatas lantai berhampiran dengan mangsa dan serangkai kunci.

Pemeriksaan lanjut ditempat kejadian tidak menjumpai sebarang beg tangan,telefon bimbit dan juga dokumen diri milik mangsa.

Team forensik Muar dan pihak K-9 telah dihubungi untuk membantu dalam siasatan.

Beberapa jiran berdekatan rumah mangsa telah dipanggil untuk ditemubual.

Motif sebenar kejadian masih belum diketahui
Siasatan masih diteruskan.

Sekian untuk makluman awal YDH Dato. Terima kasih.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment