Bapak! Detik-detik Diana Danielle bersalin dalam air yang pasti mengejutkan ramai wanita di Malaysia




Ramai mengetahui, artis popular Diana Danielle merupakan artis pertama Malaysia yang menggunakan teknik bersalin dalam air.

Tanggal 19 November lepas merupakan deti yang cukup bermakna buat Farid Kamil dan Diana Danielle kerana telah selamat menimang cahaya mata kedua mereka.

Mereka kali ini dikurniakan anak perempuan yang dilahirkan pada jam 4.05 pagi di Hospital Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana saya bergelar bapa lagi. Tanggal 19 November lalu, isteri saya selamat melahirkan anak perempuan pada jam 4.05 pagi di Hospital Pantai, Bangsar. Selamat datang ke dunia wahai anakku.

Untuk pengetahuan anda, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 24, merupakan artis Malaysia pertama yang melahirkan anak dengan menggunakan teknik yang semakin popular dalam kalangan ibu di Malaysia itu.



Bersalin di dalam air katanya mampu mengurangkan kesakitan sewaktu proses kelahiran dimana ia memudahkan peralihan bayi dari rahim ke dunia luar. Kaedah ini sudah diamalkan beberapa tahun di negara barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Eropah.

Farid Kamil dan Diana Danielle mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Sebelum ini mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Muhammad yang kini sudah berusia 2 tahun.

Tahniah kami ucapkan kepada Farid Kamil dan Diana Danielle atas kelahiran puteri mereka, semoga kebahagiaan anda sekeluarga akan bertambah dengan kehadiran orang baru.


Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment