10 Perkara PALING MEMALUKAN Konsert Gegar Vaganza Malam Tadi Selain Penyinkiran Nabil & Jihan




Minggu ke-5 Konsert Gegar Vaganza 2 yang bertemakan ‘Hits Vaganza’ telah banyak membuka banyak mata penonton kerana peserta yang bertanding semakin baik dan meningkat.

Pelbagai genre lagu yang dinyanyikan oleh mereka ditambah lagi dengan kekuatan vokal yang luar biasa membuatkan saingan untuk ke peringkat seterusnya semakin sengit.

Kini, hanya tinggal 8 sahaja peserta yang akan terus memperjuangkan bakat mereka di minggu hadapan yang bertemakan ‘Kenangan Terindah'.

Jadi portal Murai, kongsikan kepada anda 10 perkara yang menarik yang berlaku sepanjang konsert minggu ke-5 Gegar Vaganza.

1.Nama Acong dan Nizam Laksamana dilaung-laungkan dengan begitu kuat di dalam Auditorium MBSA sebelum siaran langsung bermula.

2.Penonton di dalam Auditorium telah menyanyikan lagu Baldu Biru apabila lagu tersebut dipaparkan di layar skrin gergasi di atas pentas hasil duet antara Acong dan Misha Omar di persembahan minggu ke-4.

3.Dalam waktu yang sama, penonton di dalam Auditorium juga menyanyikan lagu ‘Bintang Kehidupan’ sebelum siaran langsung bermula.

4.Sebelum siaran langsung bermula, Nabil dan Jihan sempat lagi mengusik Tok Ram kerana mempunyai penyokong tersendiri di dalam Auditorium.

5.Nabil dan Jihan begitu bersahaja menari di belakang kamera ketika Amir Ukays menyanyikan lagu Yank.

6.Jihan geram rasa macam nak tumbuk Nabil sebab nakal sangat ketika iklan daripada penaja.

7.Minggu sebelum ini Tok Ram yang agihkan coklat kepada kenalan artis, minggu ini Datuk Khadijah Ibrahim pula lakukan perkara yang sama.

8.Nabil dan Jihan sekali lagi mengusik Tok Ram ketika iklan kerana tidak mempercayai Didie Alias adalah ibu saudaranya.

9.Tok Ram jadi batu api hulurkan mikrofon kepada Micheal Ang kerana Nabil mengusik manja Micheal yang mengatakan Micheal adalah melayu.

10.Amir Ukays terus mendapat sokongan penonton di dalam Auditorium walaupun tersingkir. Ramai yang mengambil gambar bersamanya.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment