Akhirnya Astro Dedah Punca Sebenar Mengapa Nabil Sering Bersikap 'Biadap' Ketika Mengacara





SHAH ALAM: Pihak pengurusan Astro tidak mahu terlalu menyekat setiap kata-kata yang dibuat oleh pelawak dan pengacara Nabil Ahmad pada program Gegar Vaganza 2 kerana ia akan menyekat kreativitinya.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, berkata, setakat ini pihaknya berpuas hati dengan cara pengendalian Nabil dalam program itu walaupun masih ramai penonton yang tidak berpuas hati dengan cara pengacaraannya.

"Pihak kami berpuas hati dengan Nabil dan apa yang saya lihat, Nabil sudah banyak mengurangkan gurauannya di atas pentas.

"Jika pihak kami terlalu ketat dalam meletakkan syarat-syarat cara pengacaraan, ia akan menyekat dan 'membunuh' kreativiti Nabil mengendalikan program berkenaan," katanya kepada mStar Online.

Raqim yang ditemui pada konsert Gegar Vaganza 2 minggu kelima pada malam Ahad diminta mengulas mengenai komen orang ramai yang masih tidak senang dengan cara pengendalian Nabil dalam program itu yang dianggap seperti bergurau tidak kena tempat.

Nabil turut mendapat kritikan apabila dia dilihat suka mencelah ketika juri sedang memberi komen kepada peserta dan perkara itu dianggap sebagai kurang sopan.

Bagaimanapun Raqim menjelaskan, menjadi tanggungjawab pengacara untuk meneutralkan keadaan lebih-lebih lagi ketika juri memberi kritikan pedas.

"Pengacara perlu menjadi neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak baik pada peserta mahupun juri.

"Jika ada yang berasa Nabil sengaja mahu mencelah, mereka silap. Nabil termasuklah pengacara gandingannya iaitu Jihan Muse sekadar mahu meredakan keadaan," ujarnya.

Gegar Vaganza 2 disiarkan secara langsung pada setiap Ahad pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment