“Dik, Kakak Datang Bawa Keputusan UPSR Adik” Inilah Kata-Kata Puteri Nabila Di Kubur Adik Dan Keluarganya Yang Maut Dalam Kemalangan Sebulan Lalu Buat Ramai TERSENTUH !!!


“Dik, Kakak Datang Bawa Keputusan UPSR Adik” Inilah Kata-Kata Puteri Nabila Di Kubur Adik Dan Keluarganya Yang Maut Dalam Kemalangan Sebulan Lalu Buat Ramai TERSENTUH !!!Kuala Terengganu: “Dik, kakak datang bawa keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) adik.



“Walaupun hanya 2A 1B 2C kakak gembira dengan keputusan yang adik capai dan akan menyimpan slip keputusan ini sebagai harta peninggalan adik yang tidak ternilai,” rintih Puteri Nabila Azaman, 19, di kubur arwah adiknya, Aliff Hakim, 12, yang maut bersama bapa, Azaman Ramli, 48, ibu tiri, Noor Akmal Mohd Zain, 48; abang, Aliff Hateem, 16 dan kakak tiri, Noor Amira Syahirah Alias, 22, serta adik angkatnya, Aqeel Muslim, 3, didalam kemalangan ngeri di Kilometer 258.8 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dekat Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Perasing, Kemaman, pertengahan bulan lalu.

Puteri Nabila yang terselamat apabila tidak mengikut bapanya ke Kuantan pada hari kejadian berkata, walaupun tidak mendapat keputusan 5A, namun dia bersyukur dengan keputusan itu memandang pencapaian akademik arwah agak lemah dalam kalangan adik-beradik.

“Ketika peperiksaan percubaan UPSR, arwah hanya memperoleh keputusan 4A 1C saja dan saya percaya jika kedua-dua ibu bapa masih ada, mereka akan turut berasa bangga dan bersyukur dengan keputusan ini,” katanya ketika ditemui di rumah neneknya di Kampung Raja, Chendering, di sini, semalam.

Katanya, dia mengambil sendiri keputusan itu yang disampaikan guru kelas Sekolah Kebangsaan Bukit Bayas, di sini, pada hari pengumuman keputusan UPSR, Selasa lalu.

Arwah Aliff Hakim adalah murid tahun enam sekolah berkenaan yang menduduki peperiksaan UPSR di seluruh negeri ini September lalu.

Bercerita mengenai dirinya, Puteri Nabila berkata, dia kini semakin tenang dan tabah menjalani kehidupan walaupun sesekali bayangan tragedi ngeri membabitkan kehilangan enam nyawa keluarganya bermain di fikiran.

“Tidak dinafikan sukar untuk saya melupakan peristiwa pahit itu tetapi sebagai umat Islam kita wajib menerima Qada dan Qadar yang ditentukan Allah.

“Saya sentiasa mendoakan semua mereka aman dan tenang di alam sana selain di tempatkan bersama orang-orang soleh dan solehah,” katanya.

Puteri Nabila yang kini tinggal bersama keluarga bapa saudara, Abdul Mutalib Mohamad, 52, di Taman Perumahan Gong Badak Fasa 4, Kuala Nerus, berkata, dia bersyukur kerana dapat mengambil peperiksaan Diploma Vokasional Malaysia minggu lalu.

“Saya sudah berusaha semampu daya dan berharap memperoleh keputusan cemerlang sebagai hadiah kepada kedua arwah ibu bapa saya yang mahu melihat saya berjaya.

“Saya juga akan menjalani praktikal di MFS Teknologi iaitu sebuah kilang membuat chip di Batu Berendam, Melaka pada Khamis minggu depan sebagaimana kehendak arwah ayah,” katanya.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment