JB DILANDA BANJIR KILAT (41 GAMBAR)





JOHOR BAHRU - Beberapa kawasan di bandar raya Johor Bahru dilanda banjir kilat pada 12.30 tengah hari tadi disebabkan oleh hujan lebat dan air pasang penuh.

Menurut Pusat Pengurusan Bencana Daerah Johor Bahru, punca banjir kilat itu berlaku adlaah disebabkan oleh hujan lebat yang berlarutan lebih sejam dan air pasang penuh yang berlaku serentak.

Jalan Wong Ah Fook yang terletaknya Komtar JBCC dan City Square yang dinaiki air setinggi 1.5 meter selain dari Jalan Meldrum, Jalan Siu Chin, Jalan Sulaiman, kawasan Stulang Darat dan Nong Chik juga turut terjejas.

Lapor Utusan Malaysia, lebih kurang 20 buah kenderaan terperangkap dalam banjir kilat tersebut.

Seorang wanita berusia 20'an dilaporkan terperangkap dalam keretanya dalam banjir tersebut namun berjaya diselamatkan oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam. - THEHYPEMEDIA.COM




















































































Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment