“Dialah PENGKRITIK Tetap Saya Selain Juri Di Gegar Vaganza” Siti Nordiana DEDAHKAN Siapa Penyuntik SEMANGAT Semasa Dia Di Gegar Vaganza !!!
“Dialah PENGKRITIK Tetap Saya Selain Juri Di Gegar Vaganza” Siti Nordiana DEDAHKAN Siapa Penyuntik SEMANGAT Semasa Dia Di Gegar Vaganza !!!KUALA LUMPUR: Sepanjang penyanyi berstatus ibu tunggal, Siti Nordiana atau Nana bersaing di musim kedua program realiti, Gegar Vaganza (GV2), anaknya, Rayyan Nakhaie menjadi penyokong setia dan pengkritik tetap ibunya.
Saban minggu, Rayyan yang berusia tujuh tahun menghafal lirik lagu tugasan ibunya. Berkat kerja keras dan sokongan anak tersayang, Nana muncul juara GV2, Ahad lalu.
Ditanya bagaimana reaksi anak tunggalnya itu selepas diumumkan sebagai juara, Nana memberitahu, Rayyan datang meluru dan memeluknya dengan erat.
“Selama ini, tak selalu dia peluk saya begitu erat. Rayyan bukan jenis anak yang manja tapi lebih `sempoi’. ” Dia sebut, Ayyan (panggilan manja Rayyan) suka Mama menang,” kata Nana .
Pada pentas akhir GV2, siapa tidak lupa aksi mantap Nana mendendangkan lagu Putus Terpaksa dan Awak Kat Mana berduet dengan Acong. Selain gelaran juara, Nana mengungguli kategori persembahan terbaik pilihan penonton menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS).
Secara keseluruhannya, Nana menerima hadiah wang tunai bernilai RM105,000. Penonton program itu juga pasti ingat penampilan Rayyan bersama Abam Bocik.
“Ikutkan dia memang tak nak naik pentas. Dia tak suka glamor sebenarnya. Tapi ibu saya ‘paksa’ dan pujuk. “Ketika tugasan Battle saya bersama Acong menyanyikan lagu Awak Kat Mana, dia turut angkat sepanduk yang tertera nama saya,” kata penyanyi lagu Cinta Hanya Sandaran itu.
Nana memberitahu, sejak hari akhir pertandingan, dia masih belum dapat berehat kerana hampir setiap hari ada saja program yang perlu dihadirinya. Selain itu, kemenangan Nana, Ahad lalu menambah peminat dan pengikutnya di laman Instagram.
Saya perhatikan peminat dalam kalangan anak kecil pun ada yang suka saya. Pendek kata, ada kelompok peminat baharu yang menyokong saya. “Sepanjang tempoh bersaing di GV2, pengikut saya di Instagram meningkat 200,000 orang,” katanya.
Ketika namanya dijulang, Nana mengakui ada juga individu yang selama ini tidak menyukai beliau, sudah mula mendekati, malah menerima tawaran daripada syarikat rakaman. “Saya sedang menimbang tawaran itu,” katanya.
Tags: ASTRO, Gegar Vaganza, Siti Nordiana, Nana, Paling comel, Juara Gegar Vaganza, rayyan
Category: Hiburan
0 comments:
Post a Comment