GAMBAR-GAMBAR KENANGAN….Hari Raya Terakhir Almarhum Tunku Jalil Tinggal Kenangan TERINDAH Buat Kerabat Diraja Johor dan Rakyatnya
Hari Raya Terakhir Almarhum Tunku Jalil Tinggal Kenangan
Sungguh kagum melihat telatah keluarga Diraja Sultan Johor yang telah meluangkan masa beraya di Kuala Kangsar Perak baru-baru ini.
Foto -foto ini dirakam ketika sambutan hariraya tahun ini,Ini juga bermakna inilah sambutan hariraya terakhir buat arwah Tunku Jalil,dan sudah tentunya keadaan seterusnya juga tanpa kehadiran arwah,
Sebagai ibu bapa,keluarga bukan senang menghadapi situasi ini setelah kehilangan insan tersayang…
Berdasarkan entri yang dikongsikan menerusi laman Facebook Kesultanan Johor mendapati, Anakanda Sultan Johor telah berjumpa dan beraya bersama dengan sanak saudara sebelah bondanya, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Tunku Idris, Tunku Aminah, Tunku Jalil dan Tunku Abdul Rahman kelihatan sungguh gembira dan seronok sekali dapat bertemu sepupu-sepupunya yang kemungkinan sudah lama tidak bertemu.
Dalam pada itu, keluarga diraja ini juga telah singgah di sebuah kopitam di pekan Kuala Kangsar tanpa sebarang protokol.
Mereka mengabungkan lebih 3 buah meja untuk duduk bersama dan berbual mesra sambil menjamu selera.
Sikap sederhana keluarga Diraja ini telah berjaya menarik perhatian orang ramai di sekitar Kopitiam itu malah mendapat reaksi positif di laman sosial.
Jom kita lihat foto-foto keluarga Diraja ini meraikan Aidilfitri secara sederhana dan bersahaja.
0 comments:
Post a Comment