
4 orang India ekori kami sehingga ke Sekolah Presint 5 dan mereka…
Salam warga Putrajaya…
Baru² ini 15 januari 2016 waktu tengahari saya dan husband nak gi ambik anak kat Presint 5. Sekolah kat sana. Tetiba husband perasan yang kereta kami diekori. Tak sedap hati dia wat u turn banyak kali still kereta tu ikut. Tetiba dia overtake kitaorang and minta stop. Masa tu kat depan sekolah Presint 5 tu.
Apa yang kami perasan kereta proton saga plat no BKA 8550. Ada 4 indian. Kata nak tarik kereta kami.
Diorang dah gertak² minta kami keluar kereta tapi sebab ada anak² memang kereta kami dilock sentiasa. Saya minta surat bank tapi takda katanya. Bank call minta ambil je kereta tu. Saya terus call polis. Semasa tunggu polis tu diorang ugut² lagi. Tunjuk saya kad kuasa tapi apa yang saya perasan kad tu dah expired. Saya amik phone dan amik gambar dia. Marah betul dia. Nak tercabut pintu kereta ! Polis call saya balik kata dah di area saya tu. Terus mereka ni cabut lari naik kereta. Polis sampai tapi diaorang lari.
Polis ambil report dan minta hati² juga. Kata ada gak kes cmni berlaku… Apa yang saya risaukan ialah kalau saya memandu seorang diri masa tu dan ada anak². Kawan² pun ada yang memandu sendiri. Kalau saya yang drive tadi maybe saya tak perasan pun diekori. Husband pun dah call bank dan takda masalah pun akaun kereta kami…memang bukan dari bank nak tarik kereta tu…maybe gak nak curi kereta. So kawan² semua take care dan jangan cepat panik. #sharedarigroupsebelah Dikongsikan oleh Adilla Rashid
Read more at: http://www.mynewsviral.com/4-orang-india-ekori-kami-sehingga-ke-sekolah-presint-5-dan-mereka/
0 comments:
Post a Comment