Anggota Polis Perut Buncit Tidak Akan Dinaikkan Pangkat



Anggota Polis Perut Buncit Tidak Akan Dinaikkan Pangkat

Kecoh di laman sosial mengenai syarat terbaru yang ditetapkan PDRM kepada anggotanya. Menurut sumber Harian Metro, anggota polis yang berperut buncit tidak akan dinaikkan pangkat.

Walaupun berita ini kedengaran agak kelakar, tetapi berita ini disahkan sendiri oleh portal berita terkenal iaitu Harian Metro.

Mari kita ikuti laporan penuh dari Harian Metro ini…

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal mewajibkan anggota lulus ujian Indeks Jisim Badan (BMI) serta beberapa ujian kesihatan sebagai prasyarat kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan.

Anggota polis berperut buncit dan mempunyai berat berlebihan diberi amaran mereka mungkin tidak akan dinaikkan pangkat jika gagal menurunkan berat badan.

Katanya, ia sebagai dorongan besar kepada hampir 130,000 pegawai, anggota dan kakitangan awam PDRM menjaga kesihatan diri di samping mengamalkan gaya hidup sihat.

Menurutnya, syarat berkenaan juga perlu dalam memastikan warga agensi keselamatan itu sentiasa mementingkan penjagaan kesihatan bagi memastikan mereka sentiasa cergas seterusnya dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik.

“Rekod PDRM menunjukkan 250 anggota meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan akibat pelbagai penyakit sepanjang tahun 2015,” katanya yang dipetik Harian Metro.
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment